Merry Andani atau juga dikenali dengan nama Merry Meriam pada awalnya banyak menyanyikan lagu Dangdut irama Mandarin.Dalam erti kata yang lain beliau telah memperbanyakkan versi dangdut ketika itu. Komposer yang bertanggungjawab diera itu adalah Jeffery Bule yang sebelumnya banyak menciptakan lagu buat Atie Adyatie .Dengarkan saja lagu2nya Dinding Pemisah, Pelabuhan Hati, Daun Kering Bersemi Lagi, Di Batas Kota Dan Banyak lagi. Sebelumnya Merry telah mencipta hits dengan lagu Sinarilah (Ciptaan Deddy Dores)dengan sedikit kesan rock bersama Golden Hand Studio (Pimp Indra Abdullah. Album solo Merry yang lain bersama Golden Hand Studio adalah Dua Hati Terjerat Cinta, Mobil Asmara Dan Lainnya.
Merry juga telah berduet dengan Farid Hardja dalam kombinasi Dua Irama (Dangdut Dan Disco)dengan judul lagu Aku Milikkmu. Bersama Jeffery Bule beliau menghasilkan lagu duet Julaeha. Bersama Anis Marsella dan Baby Ayu mereka membentuk Trio Bam dengan lagu hits Itu Bibir Jangan Memble. Setelah itu lahir pula duet bersama Anis Marsella dan Farid Hardja dengan nam Trio FAM yang hits dengan lagu Ayam (lagu asal Malaysia, Jalil Hamid). Album duet Merry yang lain adalah Anak Mama bersama 4 gadis Musica Studio iaitu Anis Marsela, Baby Ayu dan Nini Carlina. Bersama Zoel Anggara juga lahir hits Mas Kamu Koq Loyo
Lagu-Lagu Hits Merry yang lain adalah:
* Biarkan Aku Sendiri @ Denpasar Moon versi Indonesia
* Denpasar Moon
* Maafkan Kasih
* Cintaku Padamu (Oa. Ita Purnamasari)
* Seribu Rupiah (Versi Dangdut dan Disco Remix)
* Maria Mersedes
* Kaulah Segalanya (Versi Disco Dangdut, Oa Ruth Sahanaya)
Kompilasi Merry Andani bersama Teressa Teng
Seribu Rupiah merupakan salah satu lagu handalam Merry Andani. Terdapat dalam dua versi iaitu Dangdut Asli dan Disco Remix. Lagu ini merupakan ciptan Rudy Anand.
Album yang dihasilkan bersama Farid Hardja berjudul Dua Irama iaitu, Disco dan Dangdut
* Lagu-Lagu Ciptaan Awan Toha hanyalah pada lirik sahaja kerana melodi lagu ini kebanyakannya melodi lagu Mandarin
No comments:
Post a Comment